FAQ

Share |

MENGAPA MEMILIH KAMI

Kami merupakan agensi yang di lantik oleh Malaysia Building Society Berhad (MBSB) (Rujukan MBSB: PFI-TMC/Azna/02/2010), telah menjalankan perkhidmatan kami sejak tahun 2010. Keupayaan kami adalah memberikan perkhidmatan konsultansi Pembiayaan peribadi kepada pelanggan secara Cekap dan Amanah bagi menyampaikan informasi yang tepat kepada pelanggan. Kakitangan kami telah di latih dan di dedahkan Perkhidmatan Kewangan dengan ilmu dan kaedah penyelesaian Kewangan Peribadi mengikut kehendak Pelanggan dan mengikuti perkembangan Semasa.

PERBEZAAN KAMI DENGAN AGEN/PEGAWAI PEMASARAN PEMBIAYAAN YANG LAIN?

Demi mengekalkan kualiti dan kuantiti perkhidmatan kami kepada pelanggan, kakitangan kami sentiasa diberi latihan dalam bidang Peraturan Kewangan (perbankan), Pemasaran dan Cara Persembahan Yang terbaik kepada pelanggan agar para pelanggan faham dan selesa berhubung dengan kami. Pegawai-pegawai pemasaran kami juga sentiasa di pantau oleh Pihak Pengurusan Agensi supaya tidak berlaku perkara-perkara tidak bertanggungjawab seperti penipuan, salah memberi maklumat dan sebagainya. Pihak kami juga bersedia menerima sebarang Aduan Permasalahan dan pertanyaan dengan menghubungi kami di talian kami atau melalui email.

MENGAPA PERLU BERURUSAN DENGAN KAMI(AGEN) SELAIN CAWANGAN MBSB SECARA LANGSUNG?

Seperti di jelaskan, kami adalah Agensi yang Dilantik dan Pihak MBSB telah memberi TANGGUNGJAWAB berkenaan Hal-Hal pemasaran kepada kami. Hal ini kerana Pihak MBSB dapat mengatur perjalanan pemasaran dan proses permohonan dengan BERKESAN DAN EFISYEN. Antara Tanggungjawab kami sebagai Agensi (Wakil) Pemasaran MBSB :

a) Dapat memberi perkhidmatan secara dekat kepada pelanggan (secara langsung)

b) Memberi maklumat dan info yang tepat kepada pelanggan

c) ** Pihak kami sentiasa memberikan perkembangan status permohonan secara berkesan dan pantas, dengan sentiasa berhubung pihak pemprosesan MBSB secara langsung kepada pelanggan.**

d) Pihak juga sentiasa menyelesaikan masalah jika berlaku masalah pemprosesan permohonan di MBSB.

 

SOALAN LAZIM

Pakej Pembiayaan Mana yang Sesuai dengan Saya?

MBSB telah menawarkan 4 Pakej Pembiayaan Terbaru iaitu

a) MBSB New Year 2013 (3.99% 25 Tahun)

b) MBSB Max-i 2 (4.77% 25 Tahun)

c) MBSB Exec-i (5.50% 25 Tahun)

d) MBSB Vaganza (5.50% 20 Tahun)

Pelanggan akan diberikan pilihan pakej mengikut penilaian seperti (KELAYAKAN GAJI, MAJIKAN DAN TEMPOH PERKHIDMATAN)

Berapa hari Proses Permohonan?

Pelanggan boleh menyemak status permohonan setelah 3 Hari borang permohonan di hantar kepada kami.

Proses permohonan akan memakan masa 10 hari bekerja (Jika borang permohonan di terima lengkap)

Pelanggan kemungkinan akan menghadapi masalah menunggu permohonan lama jika menghadapi masalah seperti berikut :

a) Borang Permohonan tidak Lengkap (Butiran tidak lengkap, Tiada Tandatangan)

b) Dokumen sokongan (Salinan K/P,Slip gaji/Penyata Bank/Penyata Penyelesaian/DLL) tidak lengkap/tiada disertakan

c) Kemasukan borang permohonan yang banyak dari pelanggan-pelanggan (biasanya akan berlaku jika promosi baru-hangat ditawarkan)

Bagaimana Proses Pemberian Wang Pembiayaan?

Setelah Borang Permohonan di proses dan diluluskan, Pelanggan akan mendapat satu SMS berbentuk AQAD. Pelanggan di minta untuk menjawab pilihan yang berikan samaada (SETUJU/TIDAK SETUJU/TUKAR). Setelah itu, Pihak MBSB akan mengkreditkan jumlah Pembiayaan ke akaun Bank anda.

Anda akan mendapat wang pembiayaan anda setelah pihak MBSB menyelesaikan Penyelesaian pembiayaan peribadi lama (jika anda membuat pinjaman bertindih-Overlapping) terlebih dahulu. Proses Mendapat wang pembiayan peribadi anda adalah 3 Hari setelah Proses AQAD